Kod Pakaian Akademik

BUSANA AKADEMIK
"Di Universiti Malaysia Sabah, busana akademik merupakan satu daripada unsur-unsur penting yang menjadi sebahagian daripada regalia akademik yang diutamakan pada upacara rasmi akademik seperti konvokesyen."

Hud wajib dipakai atas jubah bagi melengkapkan busana akademik para graduan, penerima ijazah sarjana dan doktor falsafah serta kakitangan akademik. Ia berfungsi bagi mengidentifikasi gugusan pengajian sama ada gugusan sains tulen (kuning), sains kemasyarakatan (biru), gugusan profesional (merah) dan penyelidikan (kelabu).
Identifikasi gugusan ini ditentukan oleh warna seluruh fabrik hud, manakala lining di sekeliling hud pula menunjukkan identiti fakulti.

Please publish modules in offcanvas position.