Semasa Konvokesyen

Semasa
Konvokesyen

Sebelum Graduan Memasuki Dewan

Sila patuhi perkara-perkara berikut sebelum graduan memasuki Dewan:

Graduan hendaklah berkumpul di Laman Graduan, Dewan Canselor dan beratur mengikut program dan fakulti pada masa berikut:

Sidang Pagi : 7.00 pagi

Sidang Petang : 12.30 tengahari

*Bagi mengelak kesesakan lalulintas yang akan berlaku disebabkan penutupan laluan dan pembuatan jalanraya di hadapan kampus, graduan digalakkan untuk datang 1 lebih awal (bagi graduan Sidang Pagi) dan 3-4 jam lebih awal (bagi graduan Sidang Petang).

Sidang Pagi : 6.00 pagi

Sidang Petang : 10.00-11.00 pagi

  • Graduan hendaklah memastikan sidang adalah dihadiri adalah betul.
  • Jubah, hud dan mortarboard dipakai dengan kemas.
  • Graduan memakai pakaian mengikut etika berpakaian yang telah ditetapkan (Sila rujuk perkara 6. Pakaian dan Rupadiri).
  • Graduan tidak membawa bersama beg tangan, bunga, makanan dan minuman serta barang-barang lain yang tidak dibenarkan ke dalam Dewan.
  • Telefon mudah alih berada dalam mod senyap (silent mode).
  • Graduan menggunakan tandas sebelum memasuki Dewan.
  • Graduan membawa bersama Kad Alumni/Touch n Go.

PERINGATAN: PENERIMAAN IJAZAH TIDAK BOLEH DIWAKILKAN OLEH ORANG LAIN SELAIN DARIPADA GRADUAN SENDIRI.

Main Menu