Yuran
YuranKonvokesyen
Graduan, sama ada menghadiri Majlis Konvokesyen atau tidak, wajib membayar yuran konvokesyen mengikut kadar RM185.00.
Graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, boleh membayar yuran konvokesyen pada bila-bila masa (waktu bekerja) di Kaunter Pelanggan Bendahari, Blok Utara Bangunan Canselori atau secara atas talian menggunakan UMS ePayment. Skrol/Transkrip graduan hanya dikeluarkan selepas tamat sidang graduan dan setelah segala yuran termasuk yuran konvokesyen dan hutang tertunggak (jika ada) telah dijelaskan.
Pembayaran yuran konvokesyen atau hutang lain-denda/saman (jika ada) hendaklah di jelaskan dua (2) minggu sebelum Majlis Konvokesyen. Sebarang pembayaran yang dibuat selepas tempoh tersebut, graduan berhadapan risiko kelewatan pengemaskinian bayaran dalam sistem.
Bagi pelajar ambilan bermula sesi 2020/2021 tidak perlu membayar Yuran Kovokesyen